Balik petang semalam isteri saya bersungut tentang sekolah. Kesian saya lihat suri dalam hidup saya nie. Memang dia letih pun. Cikgu sekarang bukan macam cikgu dahulu. Petang sempat lagi main sepak takraw dengan org kampung. cikgu la nie jangan harap lah. Dengan urus rumahtangga lagi.  Memang takde masa lah nak campur dgn masyarakat sekeliling.

Burden work yang teruk tanpa perlindungan yang cukup dari pihak pentadbir mahupun kementerian menyebabkan ramai cikgu mula ambil sikap acuh tak acuh. Pihak pentadbir sekolah dan kementerian pulak ambil sikap lepaskan diri masing2. Tak mahu ambil sikap bertanggungjawab jika sesuatu perkara berlaku. Bila kebajikan tak dijaga maka masing2 dah tak ambil peduli lagi.

Kini jika terikat dengan begitu banyak pekeliling dan kerja pengkeranian yang mengarut dan adakalanya tak masuk akal untuk dilaksanakan. Sampai ada seorang sahabat, tentera cakap cikgu nie kurang sikit jer teruknya kerja dengan askar, 24 jam full active duty. Dalam pembelajaran, terlalu banyak yang berpihak kepada murid2 dan ibubapa tanpa cikgu diberi perlindungan sewajarnya. Bayangkanlah kalau dalam pekeliling menyatakan jelingan dan bentuk mengancam juga merupakan satu kesalahan. Apa kejadahnya? Kalau dah jeling tak boleh rotan apatah lagi. Tanyalah murid dari era pertengahan 80an kebawah, Berapa ramai yang dah mati akibat dirotan oleh cikgu? Ramai yang jadi manusia adalah. Kalau cikgu dan murid langsung takder batas atau tembok yang memisahkan baik takpayah wujud cikgu. bagi jer buku2 kat budak. Suruh belajar sendiri.

Masyarakat kita pun banyak silapnya. Bagi mereka anak2 mereka umpama malaikat, langsung tak salah, baik macam malaikat, kalau anak tak perform dalam exam salah cikgu lah tue, bukan salah anak mereka. Padahal mereka langsung tak check anak mereka, Langsung tak tahu jika ada dikalangan anak mereka bawa VCD lucah ke sekolah tengok guna komputer dalam bilik darjah. Bagi mereka anak mereka baik, kalau jadi jahat bukan salah anak mereka, salah orang lain. Cikgu pula tak boleh sentuh langsung anak mereka, Kalau sentuh see you in court @ tengoklah kat TV @  Surat Khabar esok hari. Pasti keluar tak muka depan, muka tengah. Laporan Polis dah jadi mainan ibubapa sekarang. Kalau anak tue tak nakal, tak buat kesalahan takkan cikgu nak denda tak tentu hala, Kalau setakat pukul guna pembaris kat tangan bengkak sedikit tak cacat anak tue, Yang cacatnya rohani mereka dan otak mereka. Mereka mungkin boleh berjaya dalam pelajaran, pandai tapi dari segi rohani zero, Itu yang jadi ramai profesional makan rasuah, tiada ketahanan diri dan jati diri. Apa yang terjadi pada kanak2 pintar sufiah patut jadi teladan, Tanpa soft skill dan asas agama yang kuat maka hancurlah anak tersebut. Dari seorang pelajar Universiti tersohor di dunia sekarang nie beralih di ranjang pelacuran menjual tubuh kepada sesiapa yang mahu membayar.

Yang penting kita kena didik anak apa tanggungjawab sebagai seorang anak, seorang murid, seorang kawan dari sudut Islam. Apapun yang paling penting didikan agama. Ibubapa juga harus tunjukkan satu teladan yang baik untuk anak2. Jangan sampai lupa asal usul. Sentiasa jangan menerima apa yang anak tue kata bulat2. Siasatlah dahulu. Mesti ada hubungan yang baik dengan guru yang mendidik anak kita. Kena seimbangankan antara pendidikan duniawi dan ukhrawi.

Pernah arwah abah bagitahu pada kitaorang, Ibu bapa kat Malaysia nie hendak menyediakan anak2 mereka untuk peperiksaan awam sepri UPSR, PMR dan SPM mengalahkan persiapan Amerika Syarikat menyerang Irag pada Perang Teluk dahulu. Bayangkanlah dengan anak itu dihantar ke sekolah pagi dan petang, tak cukup dengan tue dihantar tuisyen hingga pukul 10 malam. Hari sabtu ahad pula sibuk lagi dengan kelas tambahan, Waktu cuti sekolah dengan bengkel2 dan kem2 pendidikan dan motivasi. Tak cukup dengan tue ibubapa nie buatlah doa selamat, bacaan yaasin. Ada yang pergi jumpa tok bomoh minta air penerang hati. Begitu dasyhat sekali persiapan yang diatur. Yang agama suruh dibuat, yang syirik buat dibuar sekali. Agaknya mungkin mereka beranggapan kalau doa tak makbul jin tok bomoh tue boleh tolong agaknya kat dalam dewan peperiksaan.

Dengan begitu padatnya aktiviti, cuba kita renungkan berapa lama masa kita bersama sama dengan anak2? Berapa jam dalam satu hari kita berbual mesra dengan anak2? Berapa kali dalam seminggu kita dapat berkumpul makan malam bersama @ menonton TV bersama? Dan yang paling bonus, berapa waktukah kita solat berjemaah bersama isteri dan anak2 sekeluarga dalam satu jemaah? 

Jadi fikir fikirkanlah, ( Temasuk yang dok ketuk papan kekunci nie. ) Ingatlah sahabat2ku anak itu bukan boleh kita sub kontrakan pada cikgu, atau kita swastakan pada pihak ketiga. Itu Tanngungjawab yang Allah beri pada kita Suami Isteri. Kalau tak nak menjwab kat akhirat sendiri mahu ingatlah…