Semalam PAS Pusat telah mengeluarkan senarai calon2 yang layak bertanding dalam pemilihan PAS pada Muktamar PAS pada bulan 6 nanti di Shah Alam.  Pasti warna Merah Kuning kemegahan Selangor ditenggelami sekejab oleh kibaran panji2 hijau putih diserata Bandaraya Shah Alam, Ibu Negeri kelahiranku. BULAN MENGAMBANG PENUH DI BUMI SELANGOR.  Kini sama2 lah menanti siapa yang akan bertanding pada pemilihan tersebut.

Disini saya mengucapkan tahniah kepada yang menang tanpa bertanding terutama pada YB Presiden Parti, YB Dato` Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang mengekalkan kerusi Presiden. Jawatan yang paling mencuri tumpuan pastilah jawatan Timbalan Presiden dimana penyandang YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa dicabar oleh 3 calon yang lain. Begitu juga calon yang begitu sensasi ( Sampai la ni thread mengenainya aktif kat TKO ) Nik Abduh Nik Abd Aziz yang bertanding kerusi Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Disini saya mengucapkan selamat bertanding kepada mereka yang sudi menawarkan diri bertanding. Dengan pegangan kuat pada asas perjuangan parti insyallah kita akan memperolehi kejayaan. Kepada yang menang dan juga yang kalah, marilah kita berganding bahu untuk memenuhi impian dan pengharapan berjuta rakyat terutama pendokong perjuangan dalam melihat Nagara Islam tegak dibumi bertuah ini. Mari kita perlihatkan keunggulan pimpinanan ulama` di sangga oleh barisan umara` yang terdiri dari kalangan profesional pelbagai bidang merempuh gelora dan badai perjuangan dalam menegakkan Negara Islam berasaskan Al Quran dan Sunnah.

Kepada para perwakilan, jalankanlah tugas yang telah di amanatkan sebaik mungkin, Anda adalah wakil dari saf paling bawah sekali iaitu ahli akar umbi. Laksanakan kewajiban anda seperti mana yang telah diamanahkan. Pada Jawatankuasa yang terbabit dalam muktamar serta unit amal, Semoga Allah merahmati perjuangan anda.

SELAMAT BERMUKTAMAR dan SELAMAT BERTANDING.

Advertisements