Bangun jer pagi ni, saya dan isteri menonton lintas langsung Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Baguslah. jasa Cikgu diberi perhatian. Tapi kenapa di periingkat kebangsaan sahaja. Adakah Hari Guru untuk menteri pendidikan sahaja? pengarah2 di kementerian pendidikan sahaja @ yang berpangkat sahaja? Kenapa saya cakap begitu, kerana ada pekeliling hanya membenarkan sekolah menyambut hari guru sehingga jam 10 pagi di sekolah2. Selepas tu mcm biasa, ada PMP. Adakah sambutan hari guru disekolah hanya sekadar baca ikrar sahaja? Adakah cikgu2 kat sekolah tidak layak di rai seperti menteri pendidikan dan lembaga2 besar di kementerian pendidikan? Milik siapa hari guru nie?

Ini masalahnya jika kita sering lari daripada perkara asas. Adakah menyambut hari guru bukan merupakan satu proses pembelajaran? Dimana penghormatan cikgu sempena hari guru? Siapakah yang begitu dungu dan tuli membuat dasar seperti ini? Yang dirai pada hari guru ialah cikgu dan yang merai adalah murid2.

Adakah hari guru layak dirai besar2an sahaja dgn penglibatan pihak tertentu @ lebih layak dirai oleh guru2 dan murid2 disekolah? Itu persoalan asas yang perlu dijawab. Apakah salah jika guru dirai oleh murid sepanjang hari. Memberi ruang dan peluang kepada murid berinteraksi, menghargai antara satu sama lain, berterima kasih antara satu sama lain dan yang paling penting hormat menghormati antara satu sama lain. Dulu masa saya kat sekolah satu hari penuh dengan pelbagai aktiviti pada hari guru. Dari perhimpunan sampai ke sukaneka. Tak menjejaskan pun UPSR, PMR dan SPM saya. Merasa gak lah ke menara gading. Malah sehingga kini rasa hormat saya pada cikgu masih begitu tinggi walaupun saya bukan lagi murid @ warga pendidik.

Bagi saya ini adalah sebahagian pendidikan soft skill yang perlu diterapkan dalam setiap murid. Bukan sekadar ilmu duniawi tetapi juga ukhrawi juga perlu dalam setiap diri anak2 kita.

Kepada guru terima kasih yang amat tidak terhingga. Jasamu dan pengorbanan mu harap dibalas oleh Allah swt dengan setinggi tinggi balasan ke atas apa yang telah kau berikan pada setiap yang bernama insan di bumi bertuah ini. SELAMAT HARI GURU.

Advertisements