Saya duk tengok kereta wira aeroback 1.3 (M). Emmm…kereta nak habis bayar dah. Bulan 6 nie habislah hutang. Rasa kesian pulak tengok kereta nie. Banyak jasa kereta ni. Macam hari raya tahun lepas dari taiping saya beraya dirumah ibubapa saya di Kampung Perenggan, Sg Air Tawar, Selangor. Adalah 3 jam perjalanan dari taiping. Tahun lepas raya yang paling suram kerana buat pertama kali kami beraya tanpa allahyarham ayahanda kami. Terima kasih kepada isteri saya yang memahami kerana sepatutnya giliran beraya di rusila, marang. Tapi kami perlu hadir disisi bonda untuk memberi semangat kepadanya.

Pada raya ke 3 dari sabak bernam kami pulang ke terengganu untuk beraya di rusila. Mmg penat sungguh. tapi begitulah rutin dah 2X beraya berstatus suami. Kami beraya di terengganu sampai habis cuti raya. Lepas tue dari terengganu terus pulang ke taiping. Hampir separuh semenanjung kami tawaf. Alhamdulilah kereta wira aeroback nie tak pernah mengecewakan.

Insyallah bulan 11 nie ukup 3 tahun perkhidmatanku dan boleh mohon untuk pemberhentian caruman KWSP. Isteri ku pula dapat tunggakan DG44. dapat durian runtuh ler sekejab. Kami dah sepakat separuh wang tadi kami simpan untuk kegunaan perbelanjaan masuk rumah baru yang kami beli. Dijangka siap sebelum puasa tahun hadapan. Dan separuh lagi kami buat bayaran muka untuk beli kereta baru yang lebih selesa dan kapasiti enjin yang lebih baik. Cadangan kami MPV. Walaupun kami belum memperolehi cahaya mata tapi kami memikirkan keselesaan jika ibu bapa kami menumpang bersama kami.

Isteri saya cukup minat dgn Toyota Innova. Bila pelancaran model proton, saya ada bertanya minat tak, Isteri saya kata nak cuba yang lain sbb dia tidak begitu yakin dgn Proton. Dia minat pada Toyota kerana reputasi toyota yang lasak, berteknologi, berkualiti dan resale value yang tinggi. dari segi pembiayaan pinjaman bank juga mudah dan kadar faedah yang dikenakan pada pinjaman juga rendah. Saya rasa hampir keseluruhan rakyat malaysia mempunyai pendapat yang sama dengan isteri saya.

Disinilah cabaran yang terbesar pada proton. Proton harus buktikan pada semua rakyat malaysia bahawa proton sekarang ini harus lebih baik daripada dahulu. Berdasar spesifikasi Exora nampak satu anjakan paradigma yang baik namun belum cukup untuk menghakis imej buruk proton. Namun sudah ada peningkatan dan proton harus berkerja keras untuk suatu ketika mungkin 5 tahun lagi rakyat akan berkata, “Tak payah lah tengok toyota tue, proton pun dah sama hebat dengan toyota.” Sudah takde lagi komen pasal power window lah, button cepat rosak lah, dashboard jatuh lah.

Wahai proton buktikalah pada rakyat bahawa proton sekarang sudah lebih baik. Apa yang saya lihat dua model terkini, Saga BLM dan Persona mmg diakui sudah jauh lebih bagus dari waja, wira dll model terdahulu. Ramai kawan2 yang sudah menggunakan kedua model ini memuji proton. Tapi bukan sekadar ini langkah mu proton. Buktikanlah. Saya yakin urus tadbir yang baik dan telus tanpa ada hangky panky ditambah dengan komitmen semua pihak proton akan jadi gergasi dalam bidang automotif.