Harga minyak naik!!! Malam tadi dok sedang menonton berita BERNAMA TV, saya dikejutkan dgn kenyataan Menteri KDNHEP yang mengatakan harga minyak petrol RON97 naik 20sen berkuatkuasa pada 01/09/2009. Bengang betul mendengarnya. Tatkala keadaan ekonomi negara dalam keadaan yang sukar dengan rakyat dihimpit pelbagai kesulitan masih nak naik lagi.  Berderau darah mendengarnya.

Bagi aku alasan pengenalan minyak RON 95 tak boleh dijadikan sebagai alasan kenaikan harga minyak RON97. Lagipun harga pasaran minyak mentah masih rendah. Dengan harga US$58.50 setong apakah alasan yang menaikkan harga minyak. ( http://www.wtrg.com/daily/crudeoilprice.html ). Harga minyak RON95 pada RM1.75 seliter sepatut boleh dijual dengan harga yang lebih rendah. Jika mahu menaikkan harga minyak RON97 mengapa dihapuskan RON92?

Adakah kerajaan masih tak belajar atas kesilapan yang lalu? Kenaikan yang tergesa2 dan melampau menyebabkan keadaan sosio ekonomi malaysia kacau bilau. Petroleum merupakan teori domino kepada harga barangan. Pasti harga barangan akan meningkat. Janji kerajaan untuk mengawal harga barang hanya seumpama janji seorang jejaka yang kemarukan janda. Langsung tak nampak impaknya. Belum lagi di kira masalah penyaluran bekalan harga minyak RON95 tue sendiri. Semua menjerut rakyat. Membunuh rakyat terutama rakyat marhaen. Yang susah dan miskin.

Lagipun tanggal 1hb September bersamaan dengan 11 Ramadhan, Insyallah pada 21hb Septmber kita umat islam akan menyambut Aidilfitri. Tak fikirkah kerajaan? Mana jauharinya pimpinan kerajaan kini? Dah takde sangatkah duit lagi kerajaan malaysia nie? Atau nak cari duit untuk projek mee segera pada PRK Negeri Perak yang nampaknya semakin sukar untuk dihalang?

Ingat lah pimpinan kerajaan, rakyat sedang memerhatikanmu. 2012 bukan lama lagipun. DS Najib, sedikit pesanan buatmu, Adakah kamu mahu mencatat sejarah sebagai pengerusi BN yang pertama menerima kekalahan pada PRU?  Sila teruskan dasar tak pedulikan rakyat ini. Pasti kamu akan menerima padahnya.

Advertisements