Sekolah merupakan tempat lahirnya ramai rakyat yang akan mendokong aspirasi negara. Sekolah merupakan kilang untuk melahirkan rakyat yang amat diperlukan oleh negara untuk memastikan sesuatu negara dapat terus mengekalkan tanah air, kedaulatan serta kemakmuranya. Sebab tue kebanyakan negara amat menekan aspek pendidikan dimana begitu banyak belanja telah diperuntukkan.

Melihat sistem pentadbiran di sekolah2 yang tak pernah berubah sejak 51 tahun kita merdeka. Sepatutnya ade satu kajian secara berkala mengenai keperluan penjawatan dibuat mungkin untuk setiap 5 tahun untuk memastikan beban kerja dan tenaga kerja sentiasa seimbang bagi memastikan institusi tersebut dapat berjalan dengan efisien. Ini jumlah murid disekolah sudah meningkat dengan begitu drastik sekali. Dahulu amat susah kita lihat persekolahan 2 sessi tetapi itu sudah menjadi perkara normal bagi kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Dengan bilangan murid per bilik darjah yang tinggi meningkatkan lagi tekanan kepada cikgu.

Selain daripada itu pelbagai sistem telah dibuat seperti SSDM dan BMM dibangunkan bagi melancarkan pentadbiran tetapi diuruskan oleh cikgu. banyak lagi tuntutan dan program non akademik yang terpaksa diuruskan oleh para cikgu menyebabkan workload semakin bertambah. Dari Biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan, Koperasi Sekolah, Baucer Tuisyen, Skim Pinjaman Buku Teks, Pembayaran Yuran sekolah dan asrama dan banyak lagi adalah diuruskan oleh cikgu. Disinilah saya berpendapat perlunya satu kajian penjawatan dibuat bagi memastikan tumpuan guru lebih kepada perkara akademik. Percaya atau tidak lebih 65% tumpuan dan masa cikgu kini terarah kepada perkara non akademik. Itu belum termasuk dengan direct selling, yang jadi kontraktor, yang jadi peniaga pasar malam pun ada.

Disini saya rasa perlunya transformasi dari sistem pentadbiran sekolah2 di malaysia. Mungkin pentadbiran Politeknik boleh dijadikan model yang baik. Ataupun model pentadbiran sekolah di UK dan US boleh dijadikan contoh. Guru hanya menumpu pada tugas yang berkaitan dengan akademik. Saya rasa perlunya jawatan Pembantu Hal Ehwal Murid diperbesarkan skop tugas dimana jawatan itu ditambah sebagai pembantu kepada cikgu dalam tugas2 yang non akademik. Sebagai contoh satu Pembantu hal ehwal murid N17 untuk semua kelas tingkatan 5 dimana ia bertanggungjawab atas tugas pentadbiran seperti kehadiran, pembayaran yuran sekolah, rekod2 pelajar serta memproses keputusan peperiksaan dengan bahasa mudahnya mengambil alih tanggungjawab guru kelas daripada cikgu. Cikgu hanya menumpu kepada perkara akedemik seperti pengajaran mata pelajaran, Alat Bantu Mengajar, Menyediakan soalan peperiksaan dan ujian serta menanda skrip jawapan peperiksaan dan ujian.

Dengan ini beban tugas pengkeranian dapat dikurang. Sekaligus membuka peluang perkerjaan kepada ribuan rakyat yang kini menganggur. Dengan saya amat yakin sekolah akan dapat berfungsi dengan efisen. Untuk kakitangan non akademik di sekolah, saya mencadang dilantik pegawai tadbir N41 bagi kawal selia. Ini dapat meringan beban tugas pengetua dimana urusan pentadbiran dapat diringankan.

bersambung…..

Advertisements