Alhamdulilah sekarang nie saya dan isteri telah selesai peringkat permohonan dan sedang menunggu proses permohonan di Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia. Jenuh juga mengisi borang2 dan sediakan dokumen yag dikehendaki. Legal fee ditanggung oleh syarikat pemaju. Itulah sedikit kelebihan bagi org2 yang berkerja disektor awam, mudah untuk membuat pinjaman.

Saya nak ulas mengenai suruhanjaya diraja yang saya cadangkan. Ada org bertanya pada saya tak perlu semua tu sebab kita ada SPNB. Bukan hendak mengetepikan SPNB. SPNB tu bagus dari segi konsep tapi bagi saya masih perlu satu badan yang mengawal harga hartanah terutama bagi rumah kediaman. Ada kawalselia yang bersepadu melibatkan semua pihak dijalankan oleh satu badan yang tidak membuat keuntungan. Yang memikirkan soal rakyat marhaen seperti saya dan berjuta lagi dibumi bertuah ini. Badan ini juga mesti mempunyai kuasa bertindak keatas mana2 pihak yang cuba melanggar segala ketetapan yang telah ditetapkan.

Selain memastikan harga rumah dikawalselia, aspek lain seperti mutu binaan dan rekabentuk rumah juga harus diambil berat. Ini bagi memastikan bahawa setiap perumahan yang dibina mengikut piawaian dan spesifikasi yang telah ditetapkan standardnya supayanasib rakyat terbela. Syarikat2 pemaju juga perlu dikawalselia dalam memastikan tiada pengguna tertipu dengan syarikat pemaju perumahan.

Suruhanjaya juga boleh mengunakan instrumen yang sedia ada pada kerajaan pusat dan negeri seperti SPNB, UDA, GLC kerajaan Pusat dan negeri sebagai syarikat pemaju yang aktif dgn membangunkan projek2 perumahan mesra rakyat terutama dikawasan2 pembangunan utama seperti lembah klang, pulau pinang dan johor bharu. Apa yang dihat sekarang ni instrumen2 ini kelihatan seperti hidup segan mati tak mahu. Dah macam penyu nak bertelur di rantau abang jer, lesu dan berpenyakit. Pelancaran Koridor Pembangunan Wilayah yang dilancarkan mengikut wilayah juga harus menekan perumahan mampu milik untuk rakyat dimana terdapat kawasan tanah di kawasan strategik di beri untuk perumahan mampu milik oleh rakyat terutama untuk rakyat berpendapatan rendah. Saya amat yakin jika ada kejujuran di dalam diri semua pihak yang terlibat dan menyingkirkan kepentingan diri semata mata usaha ini akan berjaya.

Pimpinan Kerajaan kini dan akan datang haruslah melihat perkara ini dengan serius. Kini rakyat marhaen semakin terhimpit untuk memiliki sebuah rumah yang selesa dan mampu milik. Adakah pemandangan landskap di bandar, sudah tiada lagi penduduk org melayu dan islam akan jadi kenyataan? Adakah org melayu dan islam akan terhalau secara “TERHORMAT” daripada kawasan bandar? Adakah kita mahu lihat keadaan seperti sebelum merdeka dimana org melayu hanya ada di kampung2 sementara orang cina di bandar2 dan org india di estet2?

Jadi pada pimpinan negara kini dan akan datang harus renungkanlah perkara ini. Ingat jangan sampai rakyat melayu dan islam sudah benci pada politik. Hargailah mereka sementara sokongan masih ada.

Advertisements