Alhamdulilah, dewasa ini kita dapat lihat kesedaran yang begitu tinggi rakyat mengenai politik. Jika tidak ramai antara kita hanya tahu cukup bulan dekat akaun bank gaji masuk. Yang lain tak sempat nak ambil peduli. Itu satu perkembangan yang sihat. Kalau tidak, ada yang tak kenal siapa ADUN ataupun Ahli Parlimen (MP) kawasan sendiri.

Untuk terjun dalam bidang politik kita kena ada ilmu. Sebab tue saya nampak keberkesanan sistem usrah yang diamalkan oleh PAS selama ini. Begitu juga dengan sessi ceramah yang tak jemu2 walaupun pelbagai rintangan dan cabaran yang dihadapi. Dengan ini kefahaman tentang wadah dan aspirasi perjuangan PAS dapat disebarkan dan menyerapi di hati nurani setiap ahli mahupun lapisan masyarakat.

Terima kasih juga atas ledakan teknologi maklumat yang mewujudkan satu medium alternatif yang membantu menyebarkan maklumat dengan lebih cepat dan pantas. Kini siri ceramah dan kuliah juga boleh diikuti secara online samaada live @ rakaman. Ini memberi lebih ruang dan peluang untuk rakyat mengenali PAS dan perjuangannya.

Kepada yang ingin terjun ke dalam perjuangan ini, sentiasalah mendalami ilmu perjuangan. Hadirkan lah diri kedalam usrah2 dan ceramah2. Buka laman sesawang yang punya artikel2 yang baik seperti di www.pas.org.my, www. harakahdaily.net, dan www. tranungkite.net. Untuk rakaman video ceramah2 juga boleh ditonton seperti www.terengganukini.net dan http://ustazazhar.com/v1/.

Dengan ilmu kita takkan sesat jalan. Dengan ilmu takkan belot dgn perjuangan. Dengan ilmu juga kita tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menjerumuskan jemaah kepada pepecahan dan dgn ilmu juga kita sentiasa meletakkan kepentingan diri, keluarga dan kroni ketempat yang terendah. Ingatlah poltik ini berasaskan ilmu dan fakta bukan berasaskan persepsi. Tak guna kalau kita memerintah negara ini tapi pendokong dalam PAS masih gagal memahami isi dan intipati perjuangan PAS. Jika tidak nasib kita akan jauh lebih buruk daripada UMNO sekarang ni. Jika UMNO bawa imej melayu PAS membawa imej ISLAM. Satu tanggungjawab yang maha besar.

Oleh itu marilah kita perkukuhkan diri kita. Dengan ini pasti jemaah kita makin kukuh. Buang rasa tamak, pentingkan diri dan sebagainya. Penuhilah hati ini dengan rasa tanggungjawab kepada agama. Kita mesti mengekalkan identiti jemaah. Jangan sampai hilang jatidiri. Janganlah kita mabuk dengan kuasa. pada saf pimpinan, ini bukan masanya lagi untuk berangan kerusi di kementerian mana yang nak kita duduki di putrajaya ataupun GLC mana yang kita hendak untuk jadi CEO. Sekarang nie masa untuk perkukuhkan asas perjuangan menyiapkan diri menghadapi cabaran yang makin tinggi menggunung dihadapan kita. Jangan kerana itu semua kita lupa perjuangan kita. Dalam perkara tertentu kita boleh tolak ansur dengan rakan mahupun lawan tapi bila menyentuh bab asas perjuangan janganlah sesekali digadai. Janganlah jadi macam, seorang sahabat aku, dok ralit sembanag pasal perjuangan islam, hp ditangan masih tekan AFUNDI akademi fantasia.

Jadi fikir fikirkanlah.

Advertisements