Sepetang saya menunggu keputusan mahkamah tinggi kl mengenai penghakiman kes MB Perak dan akhirnya kemenangan berpihak kepada nizar. Alhamdulilah. Dan yang pertama yang dibuat oleh YAB Nizar ialah menghadap DYMM Tuanku Sultan Perak untuk membubarkan DUN. Diharap  DYMM Tuanku dapat memperkenankan permohonan ini, serahkan lah pada rakyat jelata tuanku untuk menentukan siapa yang benar2 menjadi pilihan untuk menerajui negeri Perak Darul Ridzuan. Yakinlah pada kematangan dan kejauharian rakyat tuanku dalam menentukan siapa yang layak menerajui kerajaan di sisi tuanku dalam memakmurkan negeri Perak ini. Rakyat Perak kini sudah bersedia sekali lagi.

Kepada saudara2 ku bersiap sedialah untuk berjuang sekali lagi di bumi Perak ini. Ayuh kita lakukan sekali lagi seperti PRK Bukit Gantang. Tunjukkan kemampuan kita. Insyallah dengan kerja yang kuat, strategi yang mantap tersusun dan sistematik ditambah dgn doa dan tawakkal kita akan peroleh kemenangan. Solok, Bahulu, Senoy, TZR, voice, bang idris, strikeagle, insani dan sahabat2 lain kat tko, insyallah kita jumpa lagi di Perak.

Advertisements