Adakala aku kesian tgk suri dalam rumah tanggaku. Penat. Mmg betullah org kuat NUTP sering memperkatakan beban kerja yang berlebihan yang ditanggung oleh cikgu. Setiap hari berkerja paling awal pukul 2.30 petang. Adakala sampai ke malam pun ada. Ramai org cakap kerja cikgu paling senang, Cuti pun banyak. Itu bagi mereka yang tak berkerjaya sebagai warga pendidik. Masalah besar org malaysia ialah lebih berpegang persepsi dari pegang fakta. Itu yang jadi biru haru ( pinjam perkataan YBgh Ustaz Ismail kamus ).

Masalah sistem pendidikan di malaysia ialah kita sering meninggalkan perkara asas dalam pendidikan. Perkara asas dalam pendidikan ialah murid, guru, sekolah dan ilmu. Macam2 dah kita dengar 10 tahun kebelakangan ini. Smart Schoollah, Sekolah Wawasanlah, Sekolah Klusterlah dan pelbagai lagi.

Saya ingin kupas bab sekolah. Rasa sekolah ini banyak mempengaruhi yang perakara asas yang lain. Kita sendiri maklum bahawa taraf kemudahan prasarana sekolah di Malaysia tidak seimbang. Dari segi sistem pentadbiran sekolah, pada hemat saya sudah tak boleh dipakai lagi. Beban kerja yang ditanggung oleh guru dan murid amat berat dek penangan sistem yang sering bertukar tukar mengikut siapa jadi menteri pendidikan.

Apa yang saya perhatikan para cikgu terbeban dengan kerja2 pengkeranian bukanya kerja2 pendidikan. Semua kerja kerani dibuat oleh cikgu dari pembayaran yuran sehinggalah pentadbiran kelas. Ini yang menyebabkan cikgu menjadi terbeban.  Sepatutnya cikgu harus menumpukan sepenuhnya pada pembelanjaran dan pengajaran ilmu kepada murid di sekolah2. Ada juga yang bercakap belakang, kenapa cikgu dahulu boleh buat, jawapanya mudah. dulu murid yang ada berapa kerat jer. Ibu bapa dulu tak banyak songheh mcm sekarang. Jadi lebih mudah. Murid sekarang, baru tingkatan 3 dah ada yang hamil luar nikah. Jadi cabaran yang dihadapi jauh lebih besar. Kalau keadaan persekitaran dah tak jauhari, takde lah manikamnya.

Sekarang nie di sekolah peraturan lebih banyak memihak kepada murid. Cikgu langsung tiada pembelaan. Lebih buruk lagi, pengetua dan guru besar lebih gemar simpan kes untuk jaga reputasi. Ada satu kes di perak, murid tingkatan 2 sebuah sekolah berasrama penuh mengambil gambar celana dalam cikgu wanita. Murid tersebut berpakat dengan kawan2 bertanyakan soalan, secara sembunyi dari belakang meletak telefon bimbit berkamera dibawah kain dan mengambil gambar seluar dalam guru tersebut. Bila di timbulkan pada pentadbir sekolah cikgu tersebut dipersalahkan sebab tak berjaga2. Ini semua sebab pengetua sedang memangku JUSA C. Takut tak dapat JUSA C lah gamaknya.  Murid tingkatan 2 tersebut langsung tiada tindakan. hanya tukar kelas sahaja. NUTP pula hanya suruh lapor pada Polis. takderlah nak turun ke sekolah berdepan dengan pihak pentadbiran. Jadi mana perlindungan untuk cikgu2. yang hairannya ibubapa murid2 tue buat bodoh dan sardin saja. Itulah yang lahir kat perut mereka anak2 yang suatu masa nanti kuat makan rasuah dan sebagainya. Dengan cikgu anak sendiri pun langsung takde perasaan hormat dan terima kasih. Saya kira kes mcm nie bersepah sepah kat malaysia tapi siapa yang buat pembelaan. NUTP bangunlah jangan dok terkangkang jer kat pejabat.

Dari segi pentadbiran saya lihat lebih banyak politik daripada  kebolehan sebenar. Pergilah mana PPD dan JPN, majoriti yang ada kat situ semua bermasalah. Saya sendiri ada pengalaman ngeri ketika mengurus pembayaran wang saguhati perkhidmatan dan pencen bagi Allahyarham bapa saya di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Kalau bab mengarah ngarahkan org bukan main lagi. Tapi kebajikan guru tak dijaga, hampas.

Hati pulak rasa makin panas jer nanti insyallah saya sambung lagi.

Advertisements