Dewasa ini PAS menjadi sorotan di media arus perdana ataupun alternatif. Ada saja cerita mengenai pemilihan PAS yang dijangka berlangsung di Shah Alam pada pertengahan tahun ni. Memang hebat, Hampir semua kerusi di pertandingan. Pertandingan kali begitu hangat sekali sampai Berita Hairan dan Utusan Malaysia yang tak pernah2 buat liputan pun bagi liputan yang begitu meluas sekali. Rasanya sama hangat silap2 gaya lagi hangat dari pemilihan UMNO yang baru berlalu.

Apa pun amatlah diharapkan agar pemilihan kali ini biarlah berlangsung dengan lancar tanpa berlaku insiden yang tidak di ingini. Biarlah kempen berlangsung dengan bersih dan penuh tanggungjawab. Ingat, ini bukan pertandingan siapa menang sapu bersih macam yang sedeng membarah dalam UMNO. Ini merupakan proses penentuan pemilihan barisan pimpinan yang insyallah bakal menegakkan hukum allah dibumi malaysia. Kepada yang menawarkan diri, cerminlah diri, muhasabahlah diri, ini bukan kerja main2, menjawab kat akhirat nanti sudah tentu tapi jangan sampai kubur anda dikencing oleh anak cucu pada masa akan datang kerana anda bukan lah pemimpin islam yang sebenar. Bertanding hanya untuk jawatan dan kepentingan lain selain dari menegakkan hukum allah. Ingat tiada beza antara jawatan di kawasan mahupun negeri ataupun pusat. Pimpinan tetap pimpinan. Satu tanggungjawab yang besar.

Apapun kepada perwakilan, anda menanggung tugas yang amat berat. Ingatlah wadah asal perjuangan parti. Kalau ke Shah Alam hanya sekadar nak shopping dan bersiar siar baik masuk UMNO, sama lah mcm perwakilan UMNO. Datang persidangan nak shopping dan nak merasa tidur kat hotel. Lagi teruk nak rasa saguhati dari pimpinan yang bertanding.  Ingat lah para perwakilan anda menggalas harapan besar ahli2 PAS seluruh negara khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

Selamat Bermuktamar.

Advertisements