Hari ini saya dan isteri telah menghantar semua borang2 yang diperlukan untuk memohon pinjaman perumahan. Rumah yang ini menggunakan pinjaman isteri saya. Setakat nie tiada masalah. Menurut anggie, kerani syarikat pemaju kalau takde aral melintang sebelum puasa tahun depan insyallah rumah kami akan siap. Teruja rasa nak sambut raya dirumah sendiri. Maknanya kami sudah kena mula menyimpan untuk persiapan masuk rumah. Banyak juga lah. Majalah Anjung Seri dan Impiana dah beli. nampaknya sampai rumah tue siap 2 majalah tue lah yang wajib kami beli setiap bulan.

kali ni saya sentuh mengenai kuasa membeli rumah bagi saudara2 ku seagama dan sebangsa denganku. Tak dinafikan kuasa beli org islam di Malaysia telah meningkat dengan ketara. Dengan kemakmuran negara kita banyak membantu meningkat sosio ekonomi masyarakat islam. Namun kita lihat masih tidak lagi setanding dengan org bukan islam. Bagi disektor kerajaan sila klik http://bpp.treasury.gov.my/info_kelayakan.htm. Kita lihat bil 6 hingga 10. Disitulah hampir 60% kakitangan awam yang majoritinya melayu dan islam berada. Mereka ini adalah terdiri daripada kakitangan sokongan I dan II. Nampak seolah mcm cukup namun masih terikat dengan peraturan bahawa setiap kakitangan tidak boleh membuat potongan melebihi 60% daripada gaji mereka. Mana2 kakitangan awam sekalipun 2 perkara tak boleh tidak pasti ada dalam slip gaji meraka. Pertama Rumah, Kedua Pinjaman Koperasi. Itu belum lagi tanggungan yang lain yang tak masuk dalam slip gaji contohnya kereta, perbelanjaan harian dll. Bagaimana harga pasaran rumah? Setakat yang saya dah survey kat kawasan taiping, Untuk teres 1 tingkat paling tidak dalam RM100,000.00. Kalau teres 2 tingkat boleh mencecah RM 200,000.00. Ini bukan jenis perumahan mewah, sederhana sahaja. Kalau nak harap kos rendah jenuh juga nak menunggu. Kualiti? Saya rasa anda lebih maklum. Ini kawasan Taiping, bukan kawasan pembangunan utama seperti Lembah Klang, Pulau Pinang mahupun Johor Bharu. Kalu kawasan yang saya sebut tadi tak mcm mana lah harganya.

Saya yakin tak ramai daripada kakitangan kerajaan kumpulan sokongan I dan II yang mampu membeli rumah selain daripada rumah kos rendah. Kalau suami isteri kerja kerajaan bolehlah cantum kedua pinjaman tetapi benda lain dah tak boleh buat lah. Kena ada anak ramai, terpaksalah jual burger pada waktu malam, takpun buat direct selling dan ada yang jadi jaga pun ada demi meneruskan perjuangan hidup. Takkan dah nak pencen atau tangga gaji dah langgar dinding baru nak beli rumah. Alamatnya makan pencen lah. Apa yang tinggal? Nak harap saguhati perkhidmatan? Tak pergi haji lah jawabnya.

Saya fikir pimpinan kerajaan kini @ yang akan datang kena fikir masalah ini dengan serius. Bagi saya diskaun 5% bumiputera tidak banyak membantu pemilikan hartanah oleh orang melayu islam. saya amat menyokong tindakan YAB Ustaz Azizan Razak mewajibkan 50% berbanding dengan 30% yang digunapakai oleh Karajaan Persekutuan, setiap projek perumahan di kedah hendaklah diperuntukkan kepada bumiputera. Dengan ini pemaju perumahan terpaksa membina rumah yang mampu milik. Adakah adil untuk bumiputera yang mewakili 60% daripada populasi penduduk di Malaysia? Saya juga mencadangkan agar satu suruhanjaya diraja dibentuk dalam mengawal industri hartanah terutama mengenai rumah. Suruhanjaya ini hendaklah diwakili oleh semua yang berkepentingan seperti Kerajaan Pusat dan Negeri, MTUC, Cuepacs, Bank Negara, Persatuan Pengguna, REHDA, Majlis Peguam, Pembekal/Pengilang  bahan Binaan  dan yang mana difikir wajar oleh pihak berwajib untuk diberi kuasa mengawalselia isu ini. Kerajaan juga boleh melalui badan seperti UDA, Perbadanan Kemajuan Negeri membina lebih banyak rumah mampu milik yang berkualiti untuk MEMBANTU rakyat marhaen. Contoh terbaik adalah Kerajaan Negeri Kelantan dengan perumahan rakyat.  Bantu rakyat marhaen bukan menyusahkan mereka lagi. Teluslah dengan rakyat

Kepada yang diatas ingatlah pada yang dibawah jika tak mahu ditarik kebawah oleh orang dibawah. Fikir fikirkan lah.

Advertisements