Dahulu satu ketika cikgu merupakan paksi kepada masyrakat terutama di kampung. Pimpinan Masyarakat banyak terdiri daripada kalangan cikgu. Kalau di Sabak Bernam, boleh dikatakan hampir semua wakil rakyat dan bekas2 wakil rakyat adalah terdiri daripada kalangan cikgu. Dan kebanyakan pemimpin sahsiah di negara kita adalah warga pendidik. 

Cikgu dahulunya begitu dekat dengan masyarakat. Cikgu paksi masyarakat. Ketika UMNO mula2 ditubuhkan, pergerakan ini di dokong oleh para cikgu yang mengembangkan parti UMNO menjadi Parti yang kuat. Cikgu2 yang lahir daripada Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim dan beberapa institusi perguruan lain di Tanah Melayu yang berfahaman kebangsaan bertanggung jawab mengembangkan parti UMNO di seluruh Tanah Melayu. Begitu juga dengan parti PAS, Parti ini di dokong oleh para guru agama daripada sekolah agama, maahad dan sekolah pondok. Disini kita lihat betapa besarnya pengaruh cikgu dalam bidang sahsiah dalam masyarakat Malaysia. 

Cikgu begitu dihormati, cukup disegani oleh masyarakat. tetapi kini dapat dilihat cikgu tidak berada di tempatnya. Mengapa jadi begitu? Banyak pendapat, Ada yang mengatakan cikgu sudah lesu. cikgu sudah tidak ada taring dalam mendidik murid. Adakah masyarakat kita sudah hilang rasa hormat dan sayang pada cikgu? Adakah sistem pendidikan negara kita pincang dan tidak releven? Adakah sistem latihan melatih para cikgu di negara kita lemah dan cacat hingga cikgu yang lahir tiada wibawanya?

Ingatlah, ibubapa dan cikgu adalah arkitek membina negara. Lemah meraka, tiada wibawa mereka maka hancurlah negara. Mereka mendidik dan membentuk asas kapada sesuatu negara iaitu rakyat. Salah satu elemen penting dalam membentuk satu negara.

Saya akan sambung lain kali dengan mengupas faktor2 bagi memperkasakan cikgu dari kaca mata saya.

Advertisements