Ini sambungan daripada tulisan saya semalam, kegusaran saya melihat keadaan sekeliling saya. Kehairanan dan tandatanya menyerbu di benak fikiran saya, Pasal apa rumah terlalu mahal di Malaysia nie. Kelmarin saya dan isteri berdiri diatas bukit melihat rumah kami yang sedang dibina. Teruja kami suami isteri kerana ini merupakan rumah pertama yang kami beli. Tapi ku melihat semua yang diperlukan untuk membina rumah ada di Malaysia. Dari batu bata sampailah ker kemasan dalam rumah seperti tiles. Cuma yang buat sahaja ramai dari Indonesia. Tapi mengapa rumah di Malaysia adalah antara yang termahal di dunia? Nak kata tanah, sikit punya luas ler tanah kat Malaysia nie. Zaman gawat mcm nie pun harga rumah masih tak jatuh. Malah masih naik. Kalau tak gawat mahu mencanak canak lagi harga rumah akan naik. Perumahan yang saya beli nie kira dah pinggir bandar taiping. Itupun harga masih maintain. Aku terfikir mcm manalah kalau rakyat marhaen lain yang nasibnya tak sebaik saya. Mereka yang dari Kumpulan Sokongan II, yang anak ramai, yang kerja kilang yang la ni dok makan gaji basic jer. Macam manalah mereka. Hairan juga mana lah perginya agensi kerajaan yang bertanggung jawab seperti UDA dan sama waktu dengannya.  Kemana mereka2 ini terlibat. La nie kalau nak harap agensi mcm UDA, PKNP ( Perbadanan Kemajuan Negeri Perak ) dan yang sekaum dgnnya kualiti projek perumahan mereka sungguh teruk dan menyedihkan. Lihat saja Taman Kamunting Bakti, dah berzaman zaman tak dapat CF, Gaji dah potong rumah masih tak boleh masuk. Kualiti rumah, jangan cerita lah, Hampeh. Mcm mana lah pelukis pelan boleh imagine buat design rumah mcm tue. Sedih pensyarah yang mengajar pelukis pelan nie. Taman Bestari kamunting pulak dah berpuluh tahun terbengkalai. Akhirnya siap juga. Tapi sungguh sedih tgk rumah tue. Adakah rakyat marhaen Malaysia layaknya rumah yang mcm sarang beruk ni. Kedua taman ni adalah projek PKNP yang khabarnya di sub atas sub dan entah berapa kali sub kan pada kontraktor. Bila taman Bestari nie siap ader pembeli perumahan ini sudah meninggal dunia. Siapa yang nak jawab dengan pembeli nie nanti di alam barzakh nanti?

Saya amat berharap agar pimpinan kerajaan yag kini atau yang akan datang ambil berat tentang perkara nie. Perlunya ada mekanisma pengawalan harga atau pengimbang dalam mengimbangi harga pasaran rumah di negara ini. Ingat lah, Sejahteranya sesuatu negara bermula dari sejahteranya setiap rumah dalam negara tersebut. Segala galanya bermula dari perkara yang paling asas. tanpa asas hancur lah segalanya.

Siapa ada baca sinar harian bertarikh 25hb April 2009 mengenai orang gelandangan. Bagaimana terjadinya perkara tersebut. Yang paling sedih adalam laporan tersebut mereka manusia gelandangan ini pada setiap hari sabtu akan di lawati oleh sepasukan mubaligh kristian dari gereja untuk diberi bantuan dalam bentuk makanan dll.  Dalam artikel tersebut juga memetik ada 320 orang gelandangan yang dibantu setiap hari ahad dengan bantuan makanan, perubatan dan keperluan asas yang lain. Pecahan manusia geladangan yang dibantu oleh Pusat Perkhidmatan Komuniti Gerja Grace adalah 50% melayu, 20% cina dan selebihnya india dan warganegara asing. Itu Baru satu pusat khidmat gereja, entah berapa banyak lagi yang bertaburan di seluruh Malaysia. Agak2 lah berapa ramai yang dah murtad? berapa banyak yang memeluk agama kristian? Mana perginya badan2 kerajaan dan NGO yang memperjuangkan islam? Mana perginya PEKIDA ( Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiyyah Malaysia )? Mana pergi JAKIM? Buta kah mereka atau tengin kah mereka? Siapakah yang harus menanggung dosa tidak menjalankan tanggungjawab? Fikir fikirkan lah.

Kenapa saya seringkan tekan bab rumah? Sbb bagi rakyat Marhaen yang makan gaji mcm saya nie hampir separuh gaji aku nie di labur buat beli rumah dan kereta. Harap yang atas selalu jengok yang dibawah kalau tak yang kat atas akan ditarik kebawah oleh orang bawah. Fikir fikirkan lah.

Advertisements