Sepanjang hidup saya ni saya dikelilingi oleh ramai cikgu. Arwah Abah pun seorang cikgu. Adik lelaki no 2 seorang cikgu ( Saya yang sulong ). Adik perempuan no 4 juga seorang cikgu. Wanita yang jadi suri dalam rumahtangga ku pun seorang cikgu. Emm. betapa pentingnya insan yang bergelar guru dalam hidup ku ini. Dan percayalah cikgu antara watak penting dalam setiap kehidupan insan di muka bumi ini. Sedar atau tidak sebahagian besar hidup ini dilingkari dengan cikgu.

Masa lepas SPM dulu (1996) masa tunggu keputusan, Dok tengah isi borang2 sambung belajar. Mcm2 borang amik, UPU, UITM, Matrikulasi dan pelbagai lagi. Arwah abah tak banyak cakap pun. Sampai time aku nak isi borang maktab untuk mohon jadi cikgu arwah abah bunyi, Arwah abah cakap cikgu nie bukan satu pekerjaan, bukan nya satu profesion tetapi satu gaya hidup ataupun pegangan hidup. Bila sekali dah jadi guru sampai mati pun tetap menjadi cikgu. Hujahnya, klu datang ke Kampung Asalku di sabak bernam, tanya orang dimana rumah keluargaku, “Rumah Haji Yusop mana?” org kampung akan jawab “Haji Yusop mana? Haji Yusop Warung ke? Yusop Bank ke? ” Tapi kalau tanya Rumah Cikgu Yusop kompom diaorang tahu. Sampai la nie pun kalau tambah depan tue arwah menjadi arwah Cikgu Yusop pun orang boleh tunjuk. Gelaran Cikgu tue akan dibawa sampai ke mati. Begitu tingginya nilai gelaran cikgu tu.

Cikgu memberi impak yang besar dalam hidup kita. Tak dinafikan peranan ibubapa tetapi selepas ibu dan bapa, cikgu merupakan insan yang ketiga terpenting dalam membentuk laluan hidup kita. Memyempurnakan segala bekalan yang telah diberikan oleh ibubapa dalam perjalanan kita menempuh jalan yang bernama KEHIDUPAN.  Sebab tue saya menulis bab cikgu nie. Bagi saya, cikgu merupakan antara elemen penting dalam hidup setiap insan dalam di muka bumi ciptaa Allah taala. Insyallah saya akan tulis lagi mengenai cikgu.

Advertisements