Memang kalut apa yang berlaku hari nie. Tak pernah dalam sejarah tanahair rasanya berlaku mcm nie. Kemelut Politik Perak mencatat begitu banyak sejarah dalam negara kita. Sidang Bawah Pokok, 2 Menteri Besar dan banyak lagi. Hari lagi haru biru, 2 speaker dan 2 sidang DUN dalam satu Dewan Undangan Negeri. Ada yang buat lawak, untung kome, mintak tanah kat MB nie tak dapat boleh mintak kat MB lagi satu. Pening2 kepala. yang kesiannya rakyat negeri Perak ker jawabnya. Gajah berasak ditengah gelanggang, rakyat mati terhimpit kat tengah tengah. Walaupun aku dilahirkan di negeri Selangor Darul Ehsan dan isteriku lahir di Terengganu Darul Iman kami berdua menetap di Perak Darul Ridzuan. Kerja kat sini. Kat Taiping. Disini saya rasa tiba masanya DYMM Tuanku Sultan Perak memainkan peranannya menenangkan keadaan. Tuanku Sultan Perak amatlah diperlukan di waktu suasana genting seperti bagi memastikan Perak tidak terjerumus dengan konflik politik yang lebih buruk lagi. Disini Patik selaku pacal yang menumpang di negeri Tuanku mengharapkan kebijaksanaan dan ketegasan Tuanku bagi memastikan nasib rakyat terbela. Apapun tindakan tuanku diharapkan Tuanku dapatlah memerhati rakyat jelata yang dalam serba kesusahan dihimpit pelbagai masalah dewasa ini. AMPUN TUANKU, DAULAT TUANKU.