Sejak Uztaz Nik Abduh menulis dalam blognya mengenai apa yang berlaku ramai yang marah, dalam TKO ramai yang menyumpah seranah, tak kurang juga cybertrooper UMNO  tolong tambah perencah. Dasyat gak respond dari orang ramai, Ader yang ok ader pula yang melampau lampau, mcm2 tuduhan yang dilempar, ader yang kata hasil brainwash kat KEMTA lah, Syiah lah, Wahabi lah dan mcm2 lagi. Ini hasil rentetan dari Cadangan Kerajaan Perpaduan yang di unjurkan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang ( TGHH ).  Rasanya mcm tak moleklah kalau kita beri komen hanya mengikut nafsu dan akal tanpa mengambil peduli pegangan yang kita pegang selama ini iaitu ISLAM. Ada caranya untuk menengur tapi biarlah kena dengan caranya. Hujah di balas hujah bukan di balas dengan cacian dan makian. Pandangan aku sama mcm dalam forum kat TKO. Pimpinan kena ambil berat atas apa yang ditulis. Jika benar mesti ada tindakan, Jika tidak pun mesti ada tindakan. rakyat sedang memerhatikan apa saja yang berlaku dalam arena politik negara. Jangan sampai nanti bila rakyat dah menyampah dengan apa yang berlaku. Paling di takuti bila kita bertanya dengan orang ramai, “Hang undi apa kali ni?” Jawab nya “Alah siapa pun yang naik aku mcm nie gak, Pembohong semua yang kat atas tue, semua fikir kepentingan depa saja” Senario inilah yang paling di takuti.

Ingatlah, sekarang nie bukan waktu berbulan madu, sekarang ini adalah waktu PAS menonjolkan kekuatan, kelebihan dan kehebatan wadah politiknya dalam membina satu kerajaan ISLAM berlandaskan al quran dan sunnah di bumi bertuah ini.

Advertisements