Baru baru nie saya dan isteri telah membuat pelaburan yang terbesar dalam hidup. BELI RUMAH. berderau juga darah, jenuh juga lah buat buat kiraan dan culaan. Salah budget mahu jalan mengundur aku suami isteri. Ini adalah pelaburan hartanah kedua yang telah kami suami isteri buat. sebelum ni kami ada la membeli satu lot tanah di Lubuk Mandi, Rusila Terengganu dengan nilai RM 23,000.00. Mana lah tahu panjang umur nak buat rumah kat situ. Dekat dgn rumah mertua, kalau nak beli tanah kat Sabak Bernam, Selangor tempat asal aku, dengar harga jer rasa mcm nak pengsan dah. Dengan tag harga RM 188,000.00 membuat aku terfikir begitu mahalnya harga hartanah yang kami terpaksa bayar untuk rumah teres 2 tingkat lot tengah. Aku pun tertanya tanya mengapa sebegitu mahal? Minggu lepas, aku balik balik kampung di Sabak Bernam, Bonda ku di patuk ular, Alhamdulilah selamat, terjumpa seorang sahabat sekampung yang kebetulan bertugas di Sabak Bernam, sembang punya sembang, dia pun baru beli rumah, sama dengan aku gak Teres 2 tingkat, Harga? RM 230,000.00, Terkejutnya aku. Sabak Bernam dan Taiping, punya beza harga rumah. Aku terbayang mcm mana para saudara seagama dan sebangsa dengan ku yang punya tahap kewangan yang lebih rendah dengan ku. apa yang diorang mampu membeli sebuah rumah yang selesa untuk mereka sekeluarga? Aku harap sesuatu yang konkrit perlu dilakukan untuk memastikan tidak akan kelihatan ada rakyat yang tidur dan berumah tangga di bawah jambatan.

Insyallah selepas selesai urusan rumah, mungkin kami ingin membuat pelaburan keatas kenderaan. Sekarang ni pakai Wira Aeroback 1.3 M, Emm… so far masih gagah lagi kalu nak redah 9 jam perjalan balik ker terengganu. Cuma kekadang semput ler. Bulan 6 nie habis hutang, Tapi ader gak ler sesakali berangan nak amik lagi satu. Namun tgk harga kereta la nie yang kussss semangat mahu tak jadi jugak. Takpun amik kereta proton. Ada juga tengok Exora masa dia launch, kualiti ok, boleh lah dengan harganya namun bila aku tengok interest rate dia 3.75%, mak aih tingginya. Semua bank lebih kurang mcm tue, tanya kawan kat bank mmg kereta nasional tinggi interest rate banding dengan kereta import, Sudah ler bakal pembeli kena tanggung cukai yang tinggi untuk kereta import, nak alih ker kereta nasioanal interest rate pulak menggila, aku rasa kerajaan perlu buat sesuatu untuk betulkan keadaan. rakyat dah tertekan dengan mcm2 masalah.

Kenapa saya tulis pasal rumah dan kereta? Sbb 2 bende ni lah pelaburan yang besar untuk rakyat marhaen mcm aku. Harap2 ader ler yang tolong jengok2 kat atas sana. Tgk yang kat bawah nie.