Setelah sekian lama saya tak update blog saya… sejak berpindah rumah baru Telekom Malaysia Perlukan hampir 5 bulan utk memasang perkhidmatan streamyx… Namun Alhamdulilah…. Dapat juga akhirnya….

Advertisements

Kini program realiti TV Imam Muda sudah hampir ke kemuncaknya. Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Hizbur akan berentap untuk Juara. Program ini memang sungguh menarik dan sangat bagus untuk dilaksanakan. Tahniah pada semua pihak yang terlibat dalam program ini. Semga ia di beri nilai tambah dan diteruskan pada masa akan datang.

Yang nyata ia mampu memberi dimensi baru pada umat islam. Banyak yang dapat didedahkan kepada masyarakat awam mengenai tugas2 imam. Banyak juga ilmu yang diperolehi oleh penonton dalam menonton rancangan ini. Ia menjadi satu saingan setelah terlalu banyak disogok dgn rancangan realiti sampah seperti Akademik Fantasia, Malaysian Idol dan yang sama kaum denganya.

Justeru diharapkan lebih ramai koporat Islam dapat menyumbang ke program ini. Program yang menarik perhatian bukan sahaja peringkat nasional malah antarabangsa ini jika disokong pasti beri manfaat besat kepada masyarakat islam. Selepas Akademik Al Quran, Imam Muda muncul sebagai program yang penuh dan sarat dengan nilai islam.

Diharap lebih banyak program seperti ini muncul di kaca TV. Dan jadi ikutan stesyen2 TV yang lain. Mungkin Rancangan Pendakwah Muda boleh juga dibuat bagi meneruskan tanggungjawab menyebar syiar islam di Malaysia ini.

Ketika ini semua kelab2 BPL sedang sibuk dengan persiapan pra musim dalam mempersiapkan pasukan masing2 dalam mengharungi pertandingan domestik dan juga pertandingan peringkat benua. Pasaran perpindahan juga semakin panas dengan ramai pemain bintang terutama yang menyerlah dalam pertendingan World Cup dan musim yang lepas dikaitkan dengan kelab2 baru.

Antara Perpindahan pemain yang menarik perhatian pastinya perpindahan David Villa dari Valencia ke Barcelona. Pasukan Barcelona yang punya barisan serangan yang begitu ampuh pasti bertambah kukuh dengan kehadiran David Villa. Gossip perpindahan Cesc Fabregas juga hangat diperkatakan bagi membentuk 3 musketeer di barisan tengah Barcelona bersama Xavi Hernandez dan Andres Ineista. Barcelona boleh dilihat pasukan yang paling menarik untuk diperhatikan.

Jose Mourinho yang kini selaku pengendali Skuad Real Madrid pastinya memberi dimensi baru kepada Pasukan Galaticos. Dapat kita lihat bagaimana The One mengendali pasukan yang sarat dengan bintang dan ego yang hingga kini sering bertukar ganti pengurus dan gagal memberi kejayaan yang bermakna di Santiago Bernabeu.

Di BPL, Manchester City masih mendahului carta perpindahan pemain. dengan kehadiran pemain baru seperti David Silva pastinya akan terus diberi perhatian. Begitu juga Pasukan Liverpool dengan Pengurus Baru Roy Hodson bersama pemain baru seperti Joe Cole, Milan Jovanovic dan Dany Wilson pasti mahu bangkin dengan prestasi buruk musim lepas. Arsenal pula dengan Bintan baru dari Maghribi Maourane Chamakh pasti mampu mengisi kekosongan yang sering ditinggalkan oleh van Persie yang sering cedera. Saya amat yakin dengan kematangan pasukan muda Arsenal dan pastiya ini masa yang terbaik utk pamer kematangan.

Pastinya musim ini beri satu dimensi baru…..dan Liga M….berubahlah…..

Baru2 ini Kerajaan telah mengumumkan pengurangan subsidi bagi Bahan Bakar dan Gula. Dan menurut kerajaan, ini menjimatkan wang kerajaan berjuumlah lebih kurang RM 750 juta bagi menampung pengurangan defisit yang ditanggung kerajaan katanya. Dan wang yang sebegitu banyak akan digunakan untuk menampung subsidi yang lain.

Menurut kerajaan 2/3 dari jumlah subsidi yang dijimatkan tadi dinikmati oleh golongan bukan sasar. Adakah ia benar? Apakah impak dari semua yang telah dilakukan? Apakah yang dilakukan untuk mengisi lompang kosong akibat tindakan kerajaan ini? Impak kenaikan harga yang dijangka adalah lebih kurang 10% hingga 30%. Dan kuasa membeli juga susut dalam lingkungan tersebut. Jadi apa tindakan kerajaan?

Dalam isu petrol siapa syaitan sebenarnya dalam menyebabkan berlakunya ketirisan? Adakah pengguna? Atau tokey2 yang jahanam dan laknat yang mendapat perlindungan dari anggota kerajaan yang khianat dan belot akibat disogok dengan wang? Kenapa rakyat harus dihukum kerana lemahnya kawalan dan pengawasan di sempadan negara kita? Kenapa rakyat yang harus tanggung akibat kelemahan urus tadbir kerajaan? Adakah kerana penggunaan semakin meningkat? Harus diingat petrol merupakan teori domino pada kadar inflasi? Adakah kerajaan mampu mengawal kenaikan harga barang? Jawabnya TIDAK sebab tak pernah dalam sejarah kerajaan dapat mengawalnya. Siapa sebenarnya yang kerajaan bela? Setan2 yang menyeludup? Kakitangan kerajaan yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kawalan sempadan begitu longgar? Tokey2 besar? dan yang pasti rakyat sudah di flush kedalam mangkuk tandas negara…..

Dalam isu gula, alasan peningkatan bilangan pesakit diabetes pula digunakan. Adakah ia benar? Hampir 70% pesakit diabetes datang dari kawasan bandar dimana lingkungan umur mereka pada usia 40 hingga 50 tahun merupakan golongan pesakit baru yang paling ramai dikesan. Kita tahu pola kehidupan sekarang terutama di bandar tidak memungkinkan mereka menjalani kehidupan yang sihat. Dan kebanyakan mereka ini makan diluar kerana kebanyakan pasangan suami isteri sekarang adalah berkerja dan punya ruang dan batas masa yang kurang dalam mengurus rumah tangga. Dan hujung minggu pula digunakan sepenuhnya untuk berehat dan punya hanya sedikit ruang masa untuk bersenam dan sebagainya. Gula merupakan bahan asas dalam kebanyakkan produk makanan seperti sos dan sebagainya dan pastinya menyumbang kepada peningkatan kos pembuatan dan seterusnya terpaksa ditangung oleh rakyat dengan peningkatan harga. Jadi siapa yang menerima akibatnya? RAKYAT…….

Adakah ini sahaja langkah yang kerajaan ada untuk mengurangkan defisit perbelanjaan? Adakah sudah tiada perbelanjaan lain yang boleh dikurangkan? Bagaimana dengan ketirisan yang lain untuk ditampung oleh kerajaan untuk menampung difisit yang ada? Bagaimana dengan subsidi yan diterima oleh syarikat2 pembekal tenaga eletrik bebas yang menerima subsidi saban tahun? Bagaimana pula projek2 mengarut yang kununya berimpak tinggi yang bagi saya hanya pada tokey2 besar tapi tidak kepada rakyat? Jawapanya? Tunggu PRU akan datang……………

Rasanya tak terlambat untuk mengucapkan tahniah pada Pasukan Sepanyol serta para penyokong mereka kerana kejayaan mengondol Piala Dunia yang baru lalu. Secara keseluruhanya Afrika Selatan berjaya menganjurkna pertandingan yang paling menarik perhatian  di dunia.

Walaupun diselubungi dgn pelbagai kontroversi pada edisi kali ini tapi kemeriah tetap tidak berkurangan. Bola Jabulani, bola rasmi kejohanan yang menimbukan banyak rungutan kepada para pemain, mutu pengadilan yang boleh dikatakan terburuk dalam sejarah dan kemunculan bintang sebenar dalam pertandingan Piala Dunia ini, seekor anak sotong kurita di Jerman bernama Paul yang membuatkan ramai ingin meratahnya kerana mampu meramalkan dengan tepat pada 9 perlawanan Piala Dunia.

Secara keseluruhan Pertandingan kali ini melahirkan ramai bintang2 baru  dan muda dalam sukan bolasepak. Nama2 seperti Mesut Ozil, Sami Khadira, Gyan Asamoah, Luis Suarez, Edison Cavani, Nilmar, Paolo Contretao, Robert Vittek, Kim Tae Joong, dan ramai lagi pasti akan memeriahkan lagi sukan ini. Yang pastinya pemain2 ini akan menjadi rebutan kelab2 Eropah yang kaya raya dalam memperkukuhkan pasukan masing2.

Piala Dunia ini juga memperlihatkan bagaimana Pasukan yang punya adunan seimbang antara skill individu dan disiplin taktikal yang tinggi dan seimbang mampu survive dalam persaingan bolasepak moden. Sepanyol punya adunan ramuan yang tepat untuk mucul juara. Dibarisi oleh pemain2 yang berada dalam kondisi terbaik dan seimbang. Di benteng terakhir Iker Cassilas cukup bagus kecuali kesilapan bodoh gara2 ralit tgk awek sendiri sedang buat ulasan di belakang pintu gol. Barisan pertahanan pula diterajui Puyol, Pique, Capadevilla dan Ramos cukup kukuh membenteng kubu. Sepanyol punya barisan pemain tengah terbaik dalam kejohanan dengan Xabi Alonso, Andres Ineasta, Xavi Hernandez, Cesca Fabregas, Pedro Rodriguez dan Javi Martinez. Di Barisan hadapan ada David Villa, Fernando Torres dan Fernando Llorente.

Sekali lagi tahniah pada pasukan Sepanyol dan Malaysia bila lagi….layak ke Pusingan Akhir pun jadilah…..hehhehehe……

Baru2 nie panas dengan dakwaan mengenai JI dan Wahabi. Sampai Bukit Aman pun boleh mesyuarat. Yang hebatnya nama yang dikaitkan adalah Presiden PAS YB Dato` Seri Abdul Hadi Awang, Dato` Seri Shahidan Kassim, Mufti Perlis Dr Juanda dan Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Hebat Sungguh penangan JI nie.

Tapi hairan jugaklah bila dikaitkan tokoh2 berkenaan kepada isu mengancam keselamatan dalam negara. Persoalanya siapakah yang sebenarnya terancam? Adakah para pimpinan negara yang diterajui UMNO dan Barisan Nasional yang terasa terancam? Atau sekadar dummy politik untuk persiapan ke arah PRU yang akan datang?

Kalau nak dikatakan Presiden PAS terlibat….Harus di ingat bahawa JI di war warkan oleh pihak US laknatullah sebagai sebahagian dari komponen Al Qaeda…Jadi bagaimana Tuan Presiden PAS bebas bergerak di luar negara. Yang terbaru TGHH diberitakan telah melawat Turki. Adakah Episod sebuah Akhbar di UK disaman berulang kembali?

Kepada UMNO Barisan Nasional…gentleman lah sikit…..PRU pun tak jauh lagi….

Antara kejohanan sukan yang paling menarik perhatian dunia sudah pastilah Kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan. Di kaca2 TV di Malaysia walaupun Malaysia tidak pernah layak ke pusingan akhir Piala Dunia sekarang sudah meriah dgn iklan2 Piala Dunia. Kalau kat Tesco dan Giant kat Taiping penuh dgn poster Piala Dunia. Kalau Malaysia layak ke Piala Dunia agaknya sudah tentu lagi dasyhat sambutannya. Hingga lesen pertaruhan judi pun boleh lulus memang betul2 gila 1 Malaysia sambut Piala Dunia.

Secara keseluruhan saya melihat kejohanan ini tidak nampak lagi selain dari pasukan tradisi yang mampu melakukan upset dalam kejohanan ini. Pasukan2 ternama seperti Brazil, Itali, Argentina dan Jerman nampak masih dilihat sebagai pilihan untuk Juara. Pasukan lain seperti Sepanyol, England, Belanda, Perancis dan lain lain lagi di lihat mampu mencelah tumpuan. Sepanyol selaku Juara Eropah dilihat mampu memberi presasi yang baik berdasarkan prestasi semasa pasukan dan pemain2 mereka di kelab2 yang mereka wakili.

Bagi Brazil, Argentina, Itali dan Jerman mereka punya ramai pemain yang berkualiti yang mampu membawa mereka menjadi juara. Brazil adalah pasukan yang paling konsisten dengan barisan pemain yang melimpah dgn bakat pasti jadi pilihan utama. Kehadiran Diego Maradona selaku jurulatih Argentina di lihat rencah utama pada edisi kali ini. Untuk Jerman dan Itali walaupun penuh dgn kuda tua namun mereka mampu memuncak ketika diperlukan pasti menambah gerun pihak lawan.

Apapun ucapan selamat maju jaya kepada semua pasukan bertanding……